Assalamualaikum, annyeong!
Masih lagi dalam mood throwback trip winter kami. Kali ni nak share pengalaman pegi Jisan Ski Resort. Actually ada banyak ski resort yang boleh korang lawat sepanjang musim winter & early spring ni. Tinggal korang survey kos, berapa jauh & berapa extreme korang nak cuba.
Honestly aktiviti ski ni memang langsung tak pernah tuan tanah fikir untuk masukkan dalam itinerary kitorang. Tapi macam biasalah, termakan bisikan syaitonnirojim kat telinga kata "bila lagi nak rasa" tu membuatkan tuan tanah decide nak pegi mencemar duli. Tapi awal awal dah cakap pada Mimi yang tuan tanah takkan buat apa apa selain jalan jalan feeling feeling Elsa sambil buat Olaf.
Survey punya survey, tuan tanah kecikkan scope pencarian kepada ski resort yang lebih kurang 1 jam jauhnya dari Seoul. Untuk menjimatkan masa katanya. Walhal takmau duduk dalam bas lama lama. Masa survey tu terjumpa la
Jisan Ski Resort dan terjumpa website
Skitour2korea yang offer slightly cheaper dari mana mana company yang lain.
Tuan tanah buat booking awal awal kat Malaysia through website diorang je. Kena isi few details macam date yang kita pilih & berapa jumlah orang yang akan join. Pastu diorang akan respond through email. Dalam email tu kena mention guesthouse/hotel yang korang tinggal, sebab nanti dorang akan pick up korang kat tempat tinggal korang. Credit card details juga perlu isi dalam email tu untuk secure payment. Tapi sebenarnya kita akan bayar upon naik bas kepada tour guide. Kitorang punya charge adalah 35,000 won untuk enjoy resort sahaja.
Seawal jam 7.20am tour guide kami dah datang ke guesthouse kami since bas tak boleh masuk ke dalam kawasan guesthouse ni. So cuma tour guide pick up kami & jalan kaki untuk naik bas yang tunggu kami di area Hyehwa Station. Since kitorang group pertama bus ni pick up, kitorang pun ikut la join pusing pusing sekitar Seoul untuk pick up group lain. In total kitorang ada 8 orang Malaysia, 2 orang Filipino & 4 orang Singaporean. Yang bestnya ada la 2 orang chinese guy dari Setia Alam dalam tour ni suggest kitorang semua cakap bahasa melayu sebab senang nak mengata. Lagi lagi salah sorang macam lemah lembut sikit. Memang seronok borak.
Perjalan dari bandar Seoul ke resort ni mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sebelum ke resort tu, bas akan berhenti di satu kedai untuk sewa ski clothes & gears untuk sapa sapa yang join skiing yang akan diajar oleh tour guide kami. Dalam masa sejam perjalanan, tuan tanah & mimi termakan pujukan tour guide untuk cuba snow slide. Dengan yakinnya dia kata kami akan kebosanan kalau hanya jalan jalan tanpa buat apa apa. So terbang lagi sorang 15,000 won untuk snow slide & glove rental. 2 chinese guy tu memang dengan suka hati meninggalkan bag bag dorang pada kitorang waktu dorang tengah nak tukar baju. Memang macam dah lama kenal. Yang kelakarnya, si lemah lembut itu dah pilihkan baju untuk kawan dia serba oren. Lepas orang tu dah pakai. Dia komplen cakap macam pekerja kilang motorola. Kawan tu pasrah je dengan kritikan kawan satu lagi. Sorry gambar dorang Mimi tak bagi lagi hehehe.
Bersama adik adik dari Kajang yang boleh dikategorikan sebagai traveller bukan macam kami yang tourist ni. Siap datang dari Busan naik Mugunghwa train waktu malam untuk jimatkan kos tempat tinggal. Sejenis kegigihan disitu.
Selepas lebih kurang 20 minit kami disini, kitorang pun mula berjalan kaki ke kawasan ski tu. Agak mendaki juga la perjalanan. Padahal tak jauh pun. Tapi tiba tiba tuan tanah rasa mengah semacam dan rasa short breath. Entah kenapa. Terus berhenti tepi jalan untuk rehat kejap. Malu dengan uncle singaporean tu. Dia & wife lagi kuat dari tuan tanah. Mungkinkah sebab cuaca sejuk sangat? Ada la 5 minit delay dari orang lain. Terpaksala diorang tunggu tuan tanah kat atas sebelum tour guide memberi sepatah kata reminder untuk kami.
Sampai je tuan tanah kat atas, Tadaaaaa!! Wooohooo main seleji, checked! Kitorang diberi tag untuk dipakai sepanjang berada dalam resort ni, Sebelum berpecah, uncle singaporean tu sebagai yang paling tua dalam tour ni mintak kitorang semua ingat mengingati muka muka orang dalam tour ni so kalau apa apa jadi nanti mudah. Pehh terasa bapa bapa sangat.
Dah jom layan gambar sepanjang tuan tanah kat sana.
|
First snow slide woi! Took me half hour juga untuk convice myself. |
|
Major love with this photo. Terasa perfect. |
|
Cubaan untuk meniru gaya diatas tapi end up macam kame hame ha dragon ball. |
Waktu ni dengar cerita JM pun ada kat sini. Tapi tak terserempak pulak. Takdak rejeki betul nak jumpa blogger yang dah level level artis ni. Next time kena jumpa tau JM :]
Kat sini kami cuma makan bekalan dibawa dari guesthouse dan hanya beli hot coffee & waffle je.Toilets pun banyak & bersih despite of orang ramai. Lebih kurang jam 3pm kami turun ke kedai sewa ski clothing tu untuk sesi memulangkan segala yang dipinjam dan terus bergerak ke Duty Free Shop di area Myeongdong. Kami diberi pilihan sama ada mahu ke duty free shop atau ginseng centre. Dan seharusnya semua memilih untuk menyopping. Padahal semua duk tengok tengok je. Tamampu la kakjem nak menyopping beg prada. haha.
Last sekali either korang boleh turun di Namdaemun Market atau Myeongdong. Lepas dah peluk cium bagai dengan semua dalam tour tu, kami pilih untuk turun di Myeongdong untuk menjamu rohani & mata serta perut kami. Kihkihkih. You know what I mean. You got to love Myeongdong baby.
Till then. Xoxo!